My Cute Girl!

Thursday, August 19, 2004

Sakit Mata

Anakku sakit mata!



Dah dua hari akin sakit mata. Petang semalam akin demam pulak. Balik kerja terus bawa gi klinik. Takut juga, sebab mata kan sensitif. Masa kat klinik, dia macam biasalah, dah kenal klinik tu agaknya, macam tempat permainan dia la pulak. Sana sini dia berjalan, panjat kerusi, usik ikan, suruh dukung... Agak puas la juga dia main, paham-pahamlah klinik, tak sah kalau tak tunggu lebih dari sejam.

Tetiba jer akin minta susu, dah letih dan lapar agaknya, Abah pun bagilah susu botol. Tak sampai seminit kemudian, nama akin dipanggil. Alamak! susu tak habis lagi, baru separuh. Dia pula tengah tekun menghisap. Nak tak nak, takut lambat nanti ada yang marah, abah ambil botol dan saya sorang dukung akin masuk jumpa doktor. Akin tak nak masuk, dia nak botol susu yang dipegang abah kat luar. Dia berjerit!. Saya dah kompius. Tapi bawa masuk juga. Bila duduk kat kerusi pesakit depan doktor, akin masih meronta nak keluar. Pastu, akin berjerit "nak CHU CHU!" dengan mulutnya yang muncung sambil menoleh ke pintu bilik doktor. Terkejut pulak saya, pandai pulak anak aku buat ayat time terdesak macam tu. Inilah kali pertama saya dengar akin pandai buat ayat dan sebut "susu" specific pada botol susu dia.

Tak abis setakat tu, bila doktor nak check suhu badan dengan termometer, dia nak lari pulak. Kalau boleh nak je dia masuk dalam perut saya. Saya kena peluk akin kuat. Akin pendap muka rapat ke badan saya. barulah boleh check suhu badannya. Selesai saja check, keluar je dari bilik doktor, gelak besar dia nampak botol susu.

Sampai sekarang masih belum boleh titik ubat mata dalam mata dia. Aduhai... anakku Nur Sakinah.

Thursday, August 12, 2004

Nur Sakinah Saifpol Nizam

Nur Sakinah my sweetheart

Nama timangannya "Akin". Akin merupakan anak pertama bagi saya dan suami: Saifpol Nizam Sameon. Dia juga cucu pertama sebelah keluarga saya dan cucu yang kesembilan sebelah keluarga suami. Akin dilahirkan di Kedah Medical Center pada 4/4/03, pukul 3:34 ptg dengan berat 3.1 kg. Saya sendiri yang memberi namanya "Nur Sakinah" yang bermaksud cahaya ketenteraman kepada ALLAH. Dengan harapan dia sentiasa tenteram dan mententeramkan siapa sahaja disisinya.

Ini gambar akin semasa berumur 3 bulan. Dia agak gelap dan 'debab'. Inilah kali pertama Akin main air laut kat PD. Baju yang Akin pakai tu, adalah baju pertama yang saya jahitkan untuknya. Nampak tak bentuk 'Love" kat baju tuh, tanda kasih sayang saya kepadanya.

Sekarang Akin dah 1 tahun 4 bulan. Macam-macam keletah dia. Setiap hari, ada sahaja perangai baru yang dia dapat. Macam gambar ni, sekali ajar jer posing macam tu, dah master... tihihihi. Gambar ni diambil pada 7/8/04 kat masjid UKM di hari Konvo Pak Lang dia. Dari mula pandai cakap, sampai sekarang, Akin masih tak pandai panggil saya "Umi", perkataan "Abah" dah lama dia pandai sebut. Sekarang dia panggil saya "Ma" saja. Antara perkataan yang Akin dah pandai sebut dan guna ialah; nak, "cat", cicak, takut, nak sikit (bila nak minta apa-apa), dan beberapa lagi perkataan yang simple.

Hidupku bahagia bersama suami dan anak tercinta. Alhamdulillah.